Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun
Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun (サッカー日本代表, Soccer Nippon Daihyō) mewakili Jepun untuk sukan bola sepak dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), badan pentadbir bagi bola sepak di Jepun. Ketua jurulatih mereka ialah Javier Aguirre.Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia, setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada tahun 2002 & 2010. Jepun juga telah memenangi Piala Asia dengan rekod empat kali pada tahun 1992, 2000, 2004 & 2011. Pasukan Jepun juga muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.Pasukan Jepun dikenali oleh peminat dan media sebagai Soccer Nippon Daihyō (サッカー日本代表), Nippon Daihyō (日本代表), atau Daihyō (代表) sebagai singkatan ungkapan. Walaupun pasukan Jepun tidak mempunyai gelaran rasmi, pasukan ini sering kali dikenali dengan nama pengurus. Contohnya, dibawah pengurusan Takeshi Okada, pasukan ini dikenali sebagai Okada Jepun (岡田ジャパン, Okada Jepun).[2] Baru-baru ini pasukan Jepun telah digelar sebagai "Samurai Biru", manakala media berita Jepun masih merujuk pasukan dengan nama akhir pengurus, dengan nama "Zaccheroni Jepun" (ザッケローニジャパン, Zakkerōni Jepun), atau "Zac Jepun" (ザックジャパン, Zakku Jepun) sebagai singkatan.

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Kedudukan tertinggi FIFA 9 (Februari 1998)
Kapten Makoto Hasebe
Kedudukan terendah FIFA 66 (Disember 1992)
Kemunculan 4 (Kali pertama pada 1995)
Kedudukan Elo 29 (9 Julai 2014)
Kaps terbanyak Yasuhito Endō (152)
Kod FIFA JPN
Ketua jurulatih Akira Nishino
Kedudukan tertinggi Elo 8 (Ogos 2001, Mac 2002)
Sub-konfederasi EAFF (Asia Timur)
Persatuan 日本サッカー協会
(Persatuan Bola Sepak Jepun)
Penjaring terbanyak Kunishige Kamamoto (80)
Keputusan terbaik Naib Juara (2001)
Konfederasi AFC (Asia)
Kedudukan terendah Elo 112 (September 1962)
Kedudukan FIFA 28 ▬ (28 November 2019)[1]
Gelaran サムライ・ブルー
(Samurai Biru)

Rujukan

WikiPedia: Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun http://goal.com/en/news/14/asia/2009/06/02/1301486... http://www.kansas.com/2011/07/17/1936597/how-have-... http://www.rsssf.com/miscellaneous/jap-recintlp.ht... http://www.rsssf.com/tablesj/jap-intres.html http://www.wldcup.com/Asia/jleague/history.html http://www.wldcup.com/Asia/nats/index.html http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedd... http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20100209i... http://www.jfa.jp/eng/samuraiblue/news/00017556/ http://www.jfa.or.jp/